Niat nak wujudkan musolla, impian Surina Mohd Zain sejak diami mahligai semi-d dua tingkat di Shah Alam kini jadi kenyataan.
Tenang dan mendamaikan, begitulah perasaan saat melangkah masuk ke kediaman semi-d dua tingkat milik Pengarah Projek TNB, Surina Mohd Zain.
Menurut Surina, rumah melambangkan peribadi pemiliknya.
“Kalau di rumah kita mampu untuk buat semua ruang selesa, kenapa tidak wujudkan ruang selesa untuk ibadah juga?
Ruang inilah tempat mengaji anak-anak, bilik beribadah bersama keluarga, berqasidah, bermusyawarah dan seharusnya diaktifkan sama seperti ruangan lain. Inilah yang mengilhamkan Musolla Al-Muqorrobin, bilik khas atau mini surau di rumah saya,” katanya.
Memilih rona emas dan putih, beliau senang menjadikan musolla ini sebagai ‘healing port‘. Penataan dekorasi menggunakaan warna lembut dan ringkas menjadikan ia semakin menarik.
Mengambil masa enam bulan untuk renovasi, Surina mengeluarkan kos sekitar RM15,000 untuk menghias musolla beliau.
“Saya mula ubah ruang ini dengan lebih sempurna sejurus selepas pulang dari ziarah ke Tarim, Yaman pada Januari 2024.
“Saya tenang di sini, masyaAllah. Dapat hias dan lengkapkan musolla ini dengan inspirasi dari Tarim, Yaman semasa saya melawat ke sana, yang mana kita faham para wali ini wujud.
Mereka merupakan alim ulama yang soleh, yang mengabadikan kehidupan mereka hanya untuk Allah, Rasul dan Islam, maka saya letak dan hias gambar-gambar mereka.
Kerana itulah saya namakan ruang ini sebagai Musolla Al-Muqorrobin yang membawa makna tempat orang yang dekat dengan Allah.
Jadi dengan meletakkan gambar mereka, melihat mereka dan mengingati sejarah mereka membawa perasaan ingin mengikuti jejak mereka.”
Nyaman dan mendamaikan, jom saksikan video tour musolla Surina Mohd Zain di bawah…
Mewujudkan ruang musolla atau mini surau di rumah sudah lama menjadi impian wanita berkerjaya hebat ini. Meninjau ruang ibadah yang dinamakan Musolla Al-Muqorrobin milik Pengarah Projek TNB, Surina Mohd Zain di Shah Alam, ilham dekorasi tercetus sebaik pulang dari ziarahnya ke Tarim, Yaman.
Memilih rona emas dan putih, Surina Mohd Zain senang menjadikan musolla ini sebagai ‘healing port’, tempat mengaji anak-anak, berqasidah mahupun bermusyawarah dengan rakan-rakannya ✨
#majalahnona
#nonainspirasi” />
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/hias-banglo-konsep-modern-resort-shima-anuar-bahagia-jadi-suri-rumah-muda-usia-33-tahun