Memang puas hati kalau kita berjaya menurunkan berat badan. Rasa bangga sebab kalau dulu pakai baju saiz L kini dah bertukar jadi saiz S. Bila dah berjaya kita mula lupa ‘daratan’ dan makan tak iku peraturan lagi. Lama-lama baju saiz S tu pun dah mula ketat. Mengapa terjadi perkara sebegini?
Yatie Sendayu Tinggi ada berkongsi tentang mengapa situasi ini berlaku. Anak kepada Bonda Rozita ini ada mencoretkan di laman media sosialnya tentang ini. Kongsinya;
1. Pemakanan tak seimbang lepas dah berjaya kurus. Ia mewujudkan kesan yo-yo (kejap gemuk, kejap kurus). Ingat orang kurus tak semestinya sihat. Ia berlaku sebab ketidakseimbangan makanan yang diambil setiap hari. Diet ekstrem bukan sahaja menjadikan badan malnutrition tetapi merosakkan organ dalaman tubuh. Sebagai manusia normal, kita tetap memerlukan karbo (nasi, mi, pasta dan lain-lain) dalam hidup. Tapi haruslah dalam kadar minimum.
2. Peningkatan umur adalah faktor utama kenapa selepas beberapa tahun berat bertambah. Ia disebabkan faktor hormon yang menurun. Pengambilan suplemen sangat membantu untuk stabilkan hormon. Ingat, hormon bukan sahaja membantu untuk kurus tetapi sihat dan awet muda. Wanita yang memiliki paras estrogen dan progesterone yang tinggi cenderung mudah kurus.
3. Tidak bersenam langsung adalah penyumbang kepada kenaikan berat badan. Bila makin berumur, kadar metabolisme akan menurun. Ia menyebabkan lemak lambat terbakar. Bersenam bukan sahaja meningkatkan kadar metabolisme badan tetapi menguatkan tulang bagi mengelakkan osteoporosis.
4. Stres. Ya betul, mereka yang stres akan meningkatkan hormon cortisol. Ia menyumbang kepada kenaikan berat badan. Ingat, suplemen yang diambil untuk kurangkan berat badan hanya berperanan 60 peratus sahaja bagi mempercepatkan proses untuk kurus. Selepbihnya adalah efforts you all dan izin Allah SWT.
5. Membuang toksin dalam badan. Toksin berlebihan bukan sahaja menyumbang kepada masalah berat badan tetapi meningkatkan kesihatan tubuh secara menyeluruh.