Umum mengetahui kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada hari ini 18 Mac hingga 31 Mac 2020. Perintah tersebut dilakukan selepas jumlah jangkitan di Malaysia terus meningkat dengan 117 kes baharu menjadikan jumlah positif Covid-19 mencecah 790 sehingga pukul 12 tengah hari tadi.

Ads

Merujuk kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia, daripada jumlah kes tersebut 60 dilaporkan telah sembuh. Dengan dua kematian dicatatkan semalam menjadikan kadar kematian di negara ini ialah sebanyak 0.3 peratus. Pada hari ini juga jumlah kematian di seluruh dunia ialah sebanyak 7,904 kes dengan Itali mencatatkan kadar kematian 7.94 peratus.

YDP AGONG Gesa Rakyat Tak Ambil Sikap Sambil Lewa Perintah Kawalan Pergerakan

Kes kematian akibat wabak Covid-19 di Sepanyol dan Amerika Syarikat pula dilaporkan naik mendadak. Sepanyol mencatatkan 491 kematian berbanding 288 kes pada sebelumnya. Manakala Amerika Syarikat pula sebanyak 108 kematian berbanding 62 kes sebelum itu. Ini menjadikan jumlah kes jangkitan di seluruh dunia mencecah 197,575 kes.

Sehubungan itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menggesa rakyat agar tidak mengambil sikap mudah dan sambil lewa terhadap Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan terhadap rakyat Malaysia.

YDP AGONG Gesa Rakyat Tak Ambil Sikap Sambil Lewa Perintah Kawalan Pergerakan YDP AGONG Gesa Rakyat Tak Ambil Sikap Sambil Lewa Perintah Kawalan Pergerakan YDP AGONG Gesa Rakyat Tak Ambil Sikap Sambil Lewa Perintah Kawalan Pergerakan

Ads

Pada hari ini juga KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Seri Paduka Baginda Tuanku Berdua diberi sembah taklimat berkenaan operasi pemantauan, pengumpulan dan perkongsian maklumat berkenaan wabak COVID-19.

YDP AGONG Gesa Rakyat Tak Ambil Sikap Sambil Lewa Perintah Kawalan Pergerakan YDP AGONG Gesa Rakyat Tak Ambil Sikap Sambil Lewa Perintah Kawalan Pergerakan

Ads

Turut hadir ialah Menteri Kesihatan Dato’ Seri Dr. Adham Baba, Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chen Chaw Min dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

 

Foto: Instagram Istana Negara

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI