Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memang terkenal dengan sikap mesra rakyat dan sering mengutamakan kesejahteraan rakyat.
Ads
Baginda berdua telah berkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja kepada Seri Paduka berdua selama enam bulan mulai Mac hingga Ogos.
(émolumen) wang atau bayaran yang diperoleh daripada sesuatu pekerjaan, gaji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata perkenan oleh Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah bertujuan membantu meringankan beban kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19, serta menyahut keputusan kerajaan memotong dua bulan gaji perdana menteri, menteri serta timbalan menteri dan disalurkan ke Tabung COVID-19.
“Perkenan Seri Paduka Baginda Berdua ini turut mencerminkan keprihatinan dan keperibadian tinggi Seri Paduka Baginda Berdua terhadap perkembangan terkini pandemik ini dan situasi kewangan negara,” katanya.
Laporan BERNAMA mengatakan bahawa Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil telah maklumkan perkara tersebut kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tambahnya lagi, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan agar rakyat terus bersama Seri Paduka berdua, berdoa memohon ihsan Allah SWT semoga Malaysia sentiasa dalam lindungan dan rahmat-Nya dan pandemik ini diakhiri dengan berkesan dan segera.
Raja Pemaisuri Agong
Raja Pemaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkahwin dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada 6 Mac 1986. Baginda telah dikurniakan dengan 4 orang putera dan dua orang puteri.
Ads
Raja Pemaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga terkenal dengan sikap ramah apabila berada bersama rakyat jelata. Baginda telah diputerikan pada Hari Jumaat, 5 Ogos 1960 Masihi, bersamaan dengan 11 Safar 1380 Hijrah, di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru, Johor.
Baginda merupakan Puteri yang ketiga kepada Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Johor.
Ads
Pendidikan awal Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang bermula di Sekolah Taman Kanak-kanak Tunku Ampuan Mariam, Johor Bahru. Baginda seterusnya bersekolah di Sekolah Perempuan Rendah Sultan Ibrahim, Johor Bahru, dan meneruskan pendidikannya ke peringkat menengah di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru.
Kegemaran Tengku Puan Pahang pada masa lapang ialah membaca, memasak, menjahit, bermain golf dan paling utama menjaga dan bermain-main dengan Paduka-paduka Anakanda serta berbakat dalam bidang penulisan.
Sebuah buku masakan hasil daripada Baginda sendiri bertajuk “Air Tangan Tengku Puan Pahang” telah diterbitkan dan seterusnya dilancarkan pada Mac 2005 yang lalu. Sehingga kini penjualan buku tersebut masih lagi dijalankan dan hasilnya disalurkan terus ke TAFF.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pandai Anzalna Nasir simpan rahsia. Rupa-rupanya dalam diam, isteri Hanif Zaki ini sudah hamil empat bulan! Alhamdulillah, hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga dan bergelar isteri.. akhirnya impian untuk menimang cahaya mata menjadi kenyataan.
Berkongsi momen indah bersama keluarga tercinta sempena ulang tahun kelahirannya semalam, 9 Januari.. Anzalna dan suami membuat kejutan istimewa dengan meletakkan foto imbasan kandungan sebagai hadiah kepada setiap ahli keluarga mereka.
Kongsinya, “On this special day, on my birthday I would like to share with all of you that Hanif and I are expecting our first baby. Syukur alhamdulillah.
Benar! Jodoh, rezeki, rezeki zuriat atau ajal maut menjadi rahsiaNya tak perlu kita mempersoalkannya. Yang penting kita berusaha, berdoa dan tawakal.”
Sehingga kini, video pendek yang dikongsikan Anzalna di dalam media sosial miliknya mendapat ratusan ribu tontonan. Mesti ramai peminat pun tumpang gembira ternanti-nantikan kelahiran bayi comel pasangan romantis ini.
Tahniah buat Anzalna dan suami. Moga Anzalna diberikan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan dan dikurniakan cahaya mata yang sihat.
Anzalna dan Mohamad Hanif sah bergelar suami isteri pada tanggal 21 Februari 2016 setelah 10 tahun mengenali di antara satu sama lain.
Kredit: Instagram Anzalna Nasir
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gempar! Tinjauan koresponden pendidikan BBC terhadap masalah pendidikan di negara-negara mundur ini ternyata mengejutkan.
Di negara-negara Barat yang makmur, prestasi murid perempuan lazimnya lebih cemerlang berbanding murid lelaki. Namun di negara-negara mundur, murid perempuannya selalu ketinggalan atau tidak bersekolah.
Dimanakah tempat terburuk di dunia untuk anak-anak perempuan bersekolah? 10 senarai ini mendedahkan nasib kebanyakan anak perempuan yang menyedihkan, sama ada dipaksa bekerja atau berkahwin muda, sekaligus menutup peluang mereka untuk mendapatkan pendidikan formal.
Senarai mengikut aturan yang terburuk
(1) Sudan Selatan
Kawasan ini berdepan ancaman kekerasan dan perang, dengan sekolah-sekolah yang hancur dibedil musuh. Hampir 3/4 anak-anak perempuan tidak bersekolah rendah di sana,
(2) Republik Afrika Tengah
Dilaporkan hanya terdapat nisbah satu guru untuk 80 murid.
(3) Afghanistan
Perbezaan gender yang ketara dimana anak lelaki lebih diutamakan untuk belajar berbanding perempuan.
(4) Nigeria
Hanya 17% perempuan berusia 15-24 tahun yang celik huruf dan angka.
(5) Chad
Terdapat banyak kekangan sosial dan ekonomi untuk anak-anak perempuan mendapatkan pendidikan.
(6) Mali
Hanya 38% anak perempuan yang tamat sekolah rendah.
(7) Guinea
Purata waktu yang dihabiskan untuk pendidikan di kalangan anak perempuan di atas 25 tahun adalah kurang daripada satu tahun.
(8) Burkina Faso
Hanya 1% anak perempuan yang berjaya menamatkan sekolah menengah.
(9) Liberia
Hampir 2/3 murid tidak menghabiskan pengajian sekolah rendah mereka.
(10) Ethiopia
2 daripada 5 anak perempuan di sana menikah sebelum berusia 18 tahun.
Salah satu masalah yang ditemukan di semua negara-negara di atas ini adalah kekurangan guru. Menurut PBB, sekitar 69 juta guru diperlukan di seluruh dunia pada tahun 2030 jika janji komuniti antarabangsa untuk pendidikan ingin diwujudkan.
Masih fikir sistem pendidikan Malaysia tidak bagus untuk anak perempuan kita? Fikirkan semula. Norzalina Mohd Alias
Takut dilabel sebagai sombong kerana memilih kawan? Sebaiknya, betulkan persepsi orang mengapa anda memilih dalam berkawan. Pilihan di tangan anda setelah menilai seseorang itu bagaimana. Adakah memberi manfaat atau sebaliknya kerana ia mempengaruhi kehidupan serta masa depan anda.
Biarlah orang nak kata sombong, yang penting anda tidak salah memilih kawan. 5 alasan ini dapat membantu mengapa perlunya memilih kawan.
PENGARUHI TINGKAH LAKU
Selain keluarga, kawan juga boleh mempengaruhi perilaku anda sehari-hari. Contohnya, anda gemar bergaul dengan kawan yang suka bercakap kasar. Sudah tentu anda akan cenderung berbuat demikian kerana terpengaruh. Sebaliknya, jika anda bergaul dengan kawan yang ramah, sopan dan lembut tutur katanya perilaku anda juga akan begitu.
MENAMBAH ILMU
Jika anda seorang yang mempunyai wawasan dan sentiasa inginkan ilmu pilihlah kawan yang ada ciri-ciri seumpama itu. Tetapi itu tak bermaksud anda perlu memandang rendah terhadap mereka yang tidak berpendidikan tinggi. Tambah ilmu dengan kawan-kawan yang berpengetahuan luas contohnya berkawan dengan mereka yang berlainan bidang kerjaya atau usahawan sukses.
PENGARUHI MASA DEPAN
Jika bergaul dengan kawan-kawan yang hanya suka menghabiskan masanya tanpa menyiapkan diri untuk masa depan yang lebih baik boleh saja anda memiliki masa depan yang suram. Orang yang bijak pun belum tentu sukses apatah lagi yang hidupnya senang lenang dengan harta keluarga tanpa pernah merasa susah. Anda akan menyesal jika masa muda disia-siakan.
JANGAN TERLALU NAIF
Tidak semua bernasib baik mendapat kawan yang baik. Ini kerana ada yang tidak jujur dan suka mengambil kesempatan. Paling menakutkan ialah ada yang mahu berkawan semata-mata ingin menjatuhkan seseorang tanpa sedar kerana terlalu iri hati dengan kehidupan orang lain.
TERJEBAK DALAM MASALAH
Memilih dengan siapa anda mahu berkawan sangat penting. Tahu latar belakang dan karakter seseorang seperti perokok, gemar mengumpat, menghasut, boros, terlibat dalam gejala sosial dan seumpamanya. Sekalipun anda berasal dari keluarga yang baik-baik jika berkawan dengan orang yang salah masalah tetap akan datang di kemudian hari. Bijaklah memilih kawan. AMY MOHD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah – The Home...