Sekejap saja usia anakanda kesayangan Che Puan Sarimah Ibrahim dan cucunda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar sudah menginjak 5 bulan. Permata hati pasangan diraja ini telah diberi nama YM Tunku Sofia Najihah Binti Tunku Nadzimuddin yang membawa maksud kemenangan yang indah dalam Islam.
Teringat semasa mengatur pertemuan dengan pasangan sama cantik sama padan ini untuk ruangan Tetamu Diraja Edisi Mac 2017 dahulu. Ketika itu CP Sarimah begitu positif menjawab pertanyaan tentang anak setelah dua tahun berkahwin. “Apabila ditanya tentang kehadiran cahaya mata, siapa yang tidak mahu menimang anak untuk melengkapkan kehidupan suami isteri.
Kami berdua juga mahu mendengar tangisan bayi seperti pasangan lain. Selain berusaha kami berdoa agar suatu hari nanti ada khabar gembira itu,” ungkap CP Sarimah yang bernikah dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada 2 April 2015.
Nyata doa CP Sarimah dan suaminya dikabulkan apabila puteri comel ini dilahirkan pada 19 Julai 2019. Wanita yang pernah dinobatkan sebagai Pengacara TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2010 ini juga telah berkongsi dengan peminatnya tentang perkembangan dirinya serta Tunku Sofia di laman media sosialnya.
“Happy 5 months sayang! Our Little Sofia is growing so fast
,” – tulis CP Sarimah Ibrahim.“Happy 4 months my love..my little sayang. We love you so much,” – coret CP Sarimah Ibrahim.
“Alhamdulillah…Our little sayang is 3 months old today. It’s a milestone and here’s to many more to come InsyaAllah. Lots of cooing babbling and learning nowadays!,” – tulis CP Sarimah Ibrahim
Yay!!! Our little princess Tunku Sofia is 2 months young today Alhamdulillah.,” coret CP Sarimah Ibrahim.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi. Ini masanya untuk memperkenalkan puteri yang kami sayangi. YM Tunku Sofia Najihah Binti Tunku Nadzimuddin. Namanya membawa maksud kemenangan yang indah dalam Islam. Dia dilahirkan pagi ini pada 19.7.19.
Kami memilih nama cantik dan indah yang kami suka dan memilih nama nenda suami, Tuanku Najihah untuk dijadikan nama tengahnya,” tulis CP Sarimah Ibrahim sewaktu memperkenalkan puteri sulungnya buat pertama kali.
This website uses cookies.