Memang sejak daripada dahulu lagi minat melihat figura cantik ini beraksi di dapur. Caranya memasak nampak mudah dan yang paling penting begitu menyelerakan. Menariknya, wanita ini pasti akan mencuba setiap makanan yang telah dimasaknya dalam program masakan kelolaannya.
Sudah menjadi trade mark Nigella Lawson selepas masak adalah akan makan sendiri masakannya dengan penuh gaya. Kini Nigella kembali menjadi bualan apabila penampilannya sedikit berubah daripada dahulu. Selebriti chef cantik ini telah mengamalkan gaya hidup sihat dan lihat saja perubahan ketara sekarang.
Nigella Lawson yang telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-61 pada 6 Januari lalu nyata telah memberi inspirasi kepada semua wanita bahawa usia bukan segala-galanya. “Penuaan selalu diadaptasikan sebagai penutup peluang kepada wanita.
Namun sepanjang perjalanan kehidupan ini saya melihat sebuah kehidupan penuh misteri. Biasanya saya tak suka menyambut ulang tahun kelahiran tapi tahun lalu begitu sukar untuk menangkisnya,” kata Nigella Lawson kepada The Weekend Australian Magazine sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-60 tahun lalu.
Siapa kata wanita berusia tak boleh aktif di media sosial? Nigella Lawson membuktikan usia tidak menghalang untuk aktif di media sosial. Nigella Lawson mempunyai 2.6 juta pengikut di laman Instagram dan mendapat pengesahan ‘blue tick’. Nigella Lawson juga masih menjadi buruan media untuk menjadikannya sebagai penghias kulit depan majalah terkenal dunia.
Mari kita tengok gaya hidup sihat yang diamalkan Nigella Lawson;
Yoga – Nigella Lawson memilih yoga sebagai senaman hariannya. “Saya melakukan yoga tiga kali seminggu. Saya suka bersenam dengan cara yang memudahkan kalau tidak saya tidak akan melakukannya. Semakin berusia saya dapat rasakan saya perlu lebih banyak buat stretching. Kalau saya tak dapat membuat yoga saya akan akan stretching saja,” kata Nigella Lawson kepada majalah Good Housekeeping.
Sayuran hijau – Nigella beruntung kerana bijak mengadun makanan sehingga sayuran hijau menjadi sedap. Menurut Nigella Lawson walaupun dia masih suka makan makanan manis tetapi melebihkan sayuran hijau. “Saya suka makan superfoods seperti kale dan avokado,” kata Nigella Lawson yang banyak berkongsi resepi di laman web miliknya.
Treat yourself – Nigella Lawson memang terkenal dengan suka makan tetapi menurut wanita ini tidak salah menikmati hidangan enak asalkan tahu mengimbangkannya.