Adakah anda merupakan penggemar yogurt atau dadih? Walaupun rasanya yang masam namun yogurt masih digemari ramai terutama bagi kaum wanita. Yogurt dimakan dalam keadaan yang sejuk bagi memastikan kandungan bakteria atau kultur hidup aktif terjamin untuk memberikan manfaat kesihatan terbaik kepada tubuh. Jika yogurt pada tahap panas, bakteria dalam yogurt akan berada dalam keadaan pasif.
Bakteria dalam yogurt berfungsi membantu menghadamkan laktosa iaitu gula semulajadi dalam susu. Bakteria ini bertindak secara merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam saluran usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma ‘tidak baik’ hidup di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.
Yogurt juga membantu kaum wanita untuk kembali ke bentuk asal kerana yogurt merupakan makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi. Antara khasiat yogurt ialah mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu disamping kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium. Oleh kerana khasiatnya yang banyak, yogurt baik diamalkan semenjak dari kanak-kanak lagi. Manakala bagi orang dewasa yang tidak mengemari susu, boleh mengantikan minuman ini dengan yogurt kerana juga dikenali sebagai minuman kesihatan.
Bakteria Baik Dalam Yogurt
Tahukah anda bahawa yogurt merupakan bahan makanan berasal dari susu dengan bentuk menyerupai bubur dengan rasa asam. Yogurt mengandungi dua jenis bakteri ‘baik’, iaitu Streptococcus thermophilus yang berbentu bulat dan Lactobacillus bulgaricus yang berbentuk batang. Kedua bakteri yogurt ini merupakan bakteri penghasil masam laktat yang penting dalam kitaran mikroflora usus dimana kedua bakteria ini mampu mencipta keadaan masam yang menghalang pertumbuhan bakteria lain kerana bakteria penyebab penyakit tidak tahan keadaan ini dan tidak mampu bertahan dalam lingkungan bakteria yogurt.
Manakala mikroflora dalam usus mampun menjadikan keadaan usus kembali seimbang dan normal. Kebiasaannya apabila seseorang pesakit telah tamat menjalani rawatan antibiotik, doktor akan menyarankan untuk mengambil minuman yogurt. Tujuannya untuk memulihkan keseimbangan mikroflora usus.
Bakteria ‘baik’ di dalam yogurt memberi banyak manfaat tetapi selama bakteria dalam yogurt tersebut masih hidup dan aktif. Menurut Prof Dr McGill dari Mayo Medical School Minesotta, apabila membeli yogurt pastikan bahawa produk tersebut mengandungi kultur aktif yang masih hidup kerana setelah kultur hidup masuk ke dalam usus, kultur yogurt akan mulai aktif dan mula bekerja untuk memecahkan laktosa bagi menghasilkan asam laktat.
Khasiat Yogurt
- Berupaya menghasilkan zat-zat yang diperlukan oleh hati sebagai pencegah kepada penyakit kanser
- Mikroflora dalam yogurt mempunyai manfaat untuk proses pencernaan tubuh
- Yogurt memiliki gizi yang tinggi berbanding susu segar mslsh kandungan lemak lebih rendah sesuai untuk mereka yang sedang berdiet
- Yogurt mempunyai vitamin tambahan, meningkatkan nilai gizi serta membantu pertumbuhan
- Dikenali sebagai minuman kesihatan kerana mampu melawan pertumbuhan bakteria ‘jahat’ di dalam tubuh
- Mampu mengurangkan kadar kolesterol kerana bakteri ‘baik’ dalam yogurt boleh menyerap sejumlah zat kolesterol ke dalam selnya dimana penyerapan ini dapat terjadi di usus kecil dan membantu mengurangkan kolesterol dalam darah dan dapat menghindarkan gejala penyakit jantung koroner
- Mengurangkan risiko kanser dan tumor dengan meningkatkan kekebalan tubuh. ROSMAHIDAYUABUSAMAH