Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid atau Mawar Rashid merupakan figura wanita tabah yang membesarkan tiga orang cahaya mata sendirian, setelah mengumumkan berpisah dengan bekas suami, Raf Yaakob pada November tahun lalu.
Tak dinafikan Mawar Rashid memiliki wajah cantik dan peribadi yang baik. Malah, Mawar disifatkan sebagai seorang wanita yang mesra dan tak lokek dengan senyuman. Selain itu, Mawar dilihat cukup akrab dengan ibu tersayang iaitu Marinee Abdullah atau disapa dengan panggilan Abai.
Abai Asal Chiang Mai, Thailand
Setiap posting Mawar di media sosial, pasti ada momen jelitawan ini di samping Abai. Bahkan peminat tersentuh dengan cara wanita ini menghargai ibu tersayang, meski dia juga kini sudah bergelar ibu kepada tiga anak.
Menelusuri latar belakang Mawar, ibu kepada Raden Muhammad, Raden Seri Rosabella Cinta, dan Raden Seri Riyanna Sayang ini sebenarnya mempunyai darah keturunan Melayu-Siam.
Ads
NONA difahamkan ibu Mawar, berasal dari Chiang Mai, Thailand sebelum berkahwin dengan ayahnya iaitu Wan Abdul Rashid yang meninggal dunia ketika Mawar masih kecil.
Meskipun ibu Mawar kini sudah berumah tangga sekali lagi, bersama sahabat karib jejaka asal Brunei, namun Abai sentiasa berada di sisi Mawar dalam keadaan susah mahupun senang.
Cara Mawar Hargai Ibu Tersayang Buat Netizen Tersentuh
Pada tahun 2020, usahawan Mawarose ini pernah membawa ibunya mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci dan mengagumi kekuatan insan istimewa ini sepanjang membesarkan dirinya.
Ads
“Abai (Mummy), adik nak minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kalau adik ada terbuat salah dengan Abai. Kalau adik ada terkasar, kalau adik ada buat Abai kecik hati. Abai memang the best mom, the best grandmother..
“Adik tak dapat balas jasa Abai terlalu besar. Adik hanya boleh berusaha sebaik-baiknya untuk bagi kesenangan kat Abai. Adik tak nak terlambat cause I love you so much. And Abai dah banyak guna tenaga Abai untuk anak-anak sampailah sekarang.
“Abai tolong jaga semua cucu-cucu Abai, termasuklah Rafael. Sampai sakit pinggang Abai. Abai memang satu dalam sejuta Abai. Abai baik dengan semua orang, selalu nak masakkan bagi orang, selalu nak tolong orang, pemurah, sangat lembut dengan orang, sangat rendah diri, sangat bijak, sangat rajin, sangat CEKAL.
Ads
I wanna be like you. Tu pun tak tahu mampu ke tak sebab tu adik selalu panggil Abai bidadari sebab Abai terlampau baik dengan anak-anak, cucu-cucu, keluarga dan semua orang! I love you so much Abai. Doakan bisnes Mawarose berjaya Abai,” titip Mawar di Instagram miliknya.
Untuk rekod, Mawar Rashid berkahwin dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob yang juga adik kepada selebriti popular Dato’ Fadzley Yaakob pada 9 November 2017. Bagaimanapun jodoh mereka putus ditengah jalan apabila sah bercerai pada November tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Raden Muhammad, Raden Seri Rosabella Cinta, dan Raden Seri Riyanna Sayang.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Di bulan yang mulia ni, kita digalakkan mengejar pahala. Sekcil-kecil perkara baik yang dilakukan pun akan mendapat ganjaran pahala yang berganda. Jadi, untuk terus mengumpul saham akhirat, apakata tinggalkan kawan-kawan yang tidak ‘bermanfaat’ dalam kehidupan.
Berwawasan tinggi
Jika anda sedang menyimpan impian u tuk lebih maju dalam hidup, tak kiralah dari segi kerjaya, perniagaan atau kehidupan, pilihlah teman yang boleh membantu anda ‘mendaki’ tangga yang ingin dituju. Anda perlukan orang yang positif dan sentiasa berfikiran terbuka.
Anda juga perlu menerima kehadiran teman baru ini dengan hati terbuka. Mungkin anda sudah biasa bersama teman yang ‘sama’ dan inilah masanya untuk anda keluar dari zon selesa.
Mempunyai nilai sama
Kata orang, jika pasangan berlainan pemikiran, dia pelengkap hidup kita. Tetapi berbeza pula jika hendak memilih kawan. Lebih baik pilih teman yang mempunyai nilai dan kepercayaan sama kerana anda boleh mendapatkan penghormatan dari segi pandangan. Malah, mereka juga lebih lantang menyuarakan pendapat.
Matlamat sama
Mungkin kita boleh gelarkan mereka ‘purpose partners’. Bila kita mempunyai teman dengan misi serupa, anda boleh bekerjasama dengan lebih baik dan mendorong di antara satu sama lain dengan lebih kuat untuk mencapai matlamat.
Teman ‘seimbang’
Kita semua ada kekuatan dan kelemahan. Itu normal kan? Memilih kawan dengan betul, anda sebenarnya berkongsi bakat, skil dan keupayaan mereka untuk menyuntik kekuatan kepada diri anda juga. Begitu juga sebaliknya.
Teman memberi motivasi dan mendorong
Tentu kita tak mahu memilih teman yang asyik murung dan berfikiran negatif setiap masa. Lebih kuat semangat seseorang, lebih tinggi harapan untuk anda juga mengecapi impian dan berfikiran lebih terbuka dan positif. Jangan kekang hidup anda dengan memilih kawan yang tak membantu kehidupan!
Teman rai kejayaan
Bukan saja anda perlukan teman yang menyokong perjalanan anda, tetapi teman yang turut meraikan kejayaan anda. Teman yang baik akan meraikan setiap pencapaian dan kejayaan yang dikecapi.
Malah, Ustaz Muhamad bin Abdullah Al-Amin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin turut berkongsi di dalam sebuah video di laman Instagram.
“Delete kawan-kawan yang melalaikan kita. Di dalam hadis Nabi sebut, seorang akan terpengaruh dengan akhlak kawan-kawannya. Delete atau left group yang send benda-benda tak baik pada kita. Biar kawan tak ramai tapi berkualiti,”katanya.
Bercerai hidup barangkali pengakhiran terbaik untuk pasangan suami isteri yang tidak lagi sehaluan. Merelakan kepergian itu, mahu tidak mahu, pasti akan tetap berlaku – tinggal mungkin caranya saja yang berbeza. Bagi selebriti Rita Rudaini, perceraian bukanlah penghalang untuknya meneruskan kehidupan dengan anak-anak tersayang.
9 tahun bergelar ibu tunggal, kecekalan wanita berusia 46 tahun ini membesarkan dua cahaya matanya dikagumi ramai. Berkat didikan Rita, anak-anaknya dilihat berjaya dalam bidang akademik termasuk hal-hal berkaitan didikan agama.
*****************************************
Nak ahli keluarga yang cintakan Al-Quran, kenalah pastikan kitab suci ni selalu dibaca di rumah. Eksklusif untuk followers Nona, dapatkan Karangkraf Al-Quran Amazing 6 Juzuk dengan harga promo kod NONGSP5. Tak susah pun nak order, klik untuk beli di sini.
*****************************************
Aktres cantik yang masih ligat berlakon ini merupakan ibu kepada Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Terkini, sebuah video yang dimuat naik Rita di media sosial menarik perhatian ramai.
“Biar gagal menjadi seorang isteri, yang penting tidak gagal menjadi seorang ibu.” Rita Rudaini
Merupakan seorang yang tegas, bekas pramugari dan finalis Dewi Remaja 1998/1999 itu tekad mahu menjadikan anak-anaknya seorang insan berguna yang lebih baik daripada dirinya. Memetik kata-kata Rita di Instagram sebelum ini…
“Bukan ibu yang sempurna. Saya pernah remaja, saya pernah leka. Semuanya saya ceritakan pada anak-anak supaya jadi panduan untuk mereka.
Saya asuh mereka dari kecik sebab saya nak mereka jadi lebih baik dari saya. Saya tegas kerana saya taknak mereka rasa rugi di hari tua andai umur panjang.
Saya tak gunakan kedudukan saya sebagai ibu tapi saya mengajar mereka hormat sesama manusia.” Rita Rudaini
Bukan saja comel dan segak, kedua-dua putera Rita Rudaini juga dibesarkan dengan ilmu dunia akhirat yang secukupnya. Nampak berkesan betul didikan ibu mereka, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna membesar dengan sihat dan mendengar kata.
Didoakan semoga Rita Rudaini terus tabah dan kuat menjalani kehidupannya sebagai seorang ibu tunggal terbaik dan menjadi inspirasi kepada ramai wanita lain.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Pameran Tenun Pahang Diraja yang julung kalinya diadakan di bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square, London, United Kingdom sempena London Craft Week (LCW) bermula pada 9-15 Mei 2022.
Lebih 300 koleksi Tenun Pahang Diraja hasil kerja tangan banduan dari Penjara Penor dan Penjara Bentong, Pahang dipamerkan, termasuk pilihan pakaian Seri Paduka Baginda sendiri, serta koleksi rekaan dan tenun peribadi.
Bertemakan “Menyulam Harapan” (Weaving Hope), pameran turut menampilkan fabrik arkib dari Muzium Pahang dan koleksi baju kurung dan samping Riau-Pahang serta penenun yang merupakan bekas banduan penjara.
Seri Paduka Baginda yang juga penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja menzahirkan harapan agar ianya bukan sahaja menghidupkan Tenun Pahang, malah mempertahankan kelangsungan seni tenun, di samping memberi sinar baharu kepada banduan menerusi program tenunan penjara.
Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia, khususnya Jabatan Penjara, Institut Kraf Negara dan jabatan berkaitan, kerana ‘memberi harapan dan peluang kedua’ bukan sahaja untuk industri tenunan tertua untuk terus hidup, malah juga untuk membina kehidupan baharu bagi banduan.
Diterajui Seri Paduka Baginda, majlis dan pameran dianjurkan oleh Yayasan Tenun Pahang Diraja dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Penjara, Muzium Pahang dan Kraftangan Malaysia.
Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima menghadap YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan delegasi pada 10 Mei 2022 di bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square, London, United Kingdom. YAB Perdana Menteri kemudiannya melawat Pameran Tenun Pahang Diraja. Seri Paduka Baginda berkenan memberi penerangan kepada YAB Perdana Menteri berkenaan pameran tersebut.
Menurut YAB Perdana Menteri, beliau rasa bangga dengan sambutan memberangsangkan Pameran Tenun Pahang Diraja kerana ia melibatkan hasil kreativiti penghuni Penjara Penor dan Bentong di Pahang.
Beliau berkata program tenunan seumpamanya boleh ditambah baik termasuk dari segi latihan dan kemahiran serta mendapat sokongan orang ramai.
YAB Perdana Menteri turut percaya lebih banyak pendidikan latihan teknikal dan vokasional dalam industri tekstil negara akan dapat diwujudkan pada masa hadapan di dalam negara khususnya di negeri Pahang.
Hadir sama di majlis pelancaran ini, Menteri Luar, Dato’ Sri Saifuddin Abdullah; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Zakri Jaafar; Komisioner Jeneral Jabatan Penjara, Dato’ Nordin Muhammad; Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Aididah Ibrahim dan Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Istana Negara
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terus bangkit memperkasakan masyarakat, kerjasama strategik yang termeterai di antara RichWorks dan Astro mampu mewujudkan peluang serta bimbingan terbaik untuk jadi wanita sukses.