
Nama Young Syefura Othman, tidak asing lagi dalam dunia politik tanah air. Memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu dan bernaung di bawah parti DAP.
Wanita cantik yang lebih mesra disapa Rara masih muda dan kini menginjak ke usia 30 tahun. Rara memperolehi Diploma Kejururawatan dan pernah bekerja sebagai jururawat peribadi selama setahun. Setelah berhenti darida menjadi jururawat Rara membuka sebuah klinik Rawatan Alternatif Bekam dan Akupuntur.
Pada 7 Mac lalu Rara sah bercerai talak satu dengan bekas suaminya seorang Pengurus Pelaburan, Muhamad Masyhur Abdullah, 32 tahun. Perkahwinan yang dibina selama 3 tahun itu runtuh lantaran tiada persefahaman lagi di antara suami isteri ini. Pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata sepanjang perkahwinan mereka.
Walau bagaimanapun, kelibat Rara sering mencuri tumpuan kerana sering tampil cantik namun ringkas dan menarik. Rara sering tampil cantik dan bertudung bawal, memilih warna merah dan memakai jersey.
1. Sering tampil bertudung bawal
2. Menggemari warna merah
3. Suka memakai jersey
Nak Cipta SOLEKAN NATURAL, Haruslah Pentingkan Base Dulu! Tapi Bagaimana Caranya Tu?

Kunci kepada solekan menawan adalah bergantung pada asasnya. Asas kepada solekan adalah base. Tapi apakah solekan yang akan menyerlahkan kecantikan wanita pada tahun ini?
Solekan asas pada tahun ini lebih sederhana berbanding dengan tahun-tahun yang lalu. Trend solekan asas pada tahun ini mengarah kepada sesuatu yang lebih natural dan glowing. Efek solekan yang terhasil seperti melihat diri sendiri ditambah pula dengan kulit wajah lebih bersinar.
Tahun 2017 sudah melabuhkan sayapnya dan meninggalkan teknik mekap yang dipanggil contouring yang begitu popular sebelumnya. Teknik yang membentuk wajah ini bukan lupus sama sekali tetapi diminimumkan pemakaiannya menjadi lebih nipis dan tidak terlalu tegas.
Bagi menikmati hasil contouring yang tidak terlalu dramatis, anda boleh menggunakan produk jenis contouring bertekstur serbuk. Tekstur jenis ini memberikan hasil yang lebih nipis sehingga tampil lebih natural.
Cara Menghasilkan Mekap Glowing Skin
Langkah 1: Sebelum bersolek, sapukan pelembap atau serum dengan sempurna.
Langkah 2: Sapu bedak asas jenis cecair mengikut tona kulit atau Krim CC di seluruh kulit wajah.
Langkah 3: Gunakan illuminator pada daerah yang ingin dicipta efek glowing seperti pipi, dagu atau tulang mata dan alis.
Langkah 4: Sapu bedak padat atau bedak tabur sebagai langkah terakhir. Wajah berubah menjadi natural dan glowing. Hamizatul Maizan Mohamed
Produk Mekap Pilihan Nona











8 Tip Jaga Muka Paling ‘Menjadi’ Di Dunia, Penulis Kecantikan Nona Dedah Rahsia!

Bukan mudah nak dedah rahsia ni. Tapi memandangkan genap 13 tahun penulis kanan, Norzalina Mohd Alias, bertugas di majalah Nona, akhirnya terbongkarlah 8 tip jaga muka yang hebat ini dan berkesan untuk mengekalkan awet muda.
Tarikh 2 Julai 2007 setepatnya, kenangan memulakan kerjaya sebagai kadet wartawan di majalah Nona tiba-tiba menyapa.
Pagi yang bermakna, saya menyertai team editorial Nona sebagai gadis paling muda di kalangan wartawan senior lain. Sejak itu saya mengambil tugas menulis tentang kecantikan dan kesihatan, bidang paling diminati sejak zaman remaja.
Berbekalkan semangat yang tinggi, saya mula menulis dan menulis… Semangat itu masih menyala, membakar dan menghangatkan jiwa sampai sekarang. Dunia wanita bersebati, apa yang relevan dan menarik perhatian, sentiasa menjadi bahan untuk pengisian yang bermanfaat buat pembaca serta followers Nona.
Pengalaman terbaik saya sebagai penulis kecantikan?

Ya Allah, jujur terlalu banyak untuk disenaraikan. Tapi saya mula faham bahawa tiada yang betul atau salah tentang amalan seseorang, selagi ia berkesan maka teruskan. Begitu juga produk. Tidak semua serasi dengan satu jenama atau rutin yang sama.
Namun tidak salah mengambil tahu tentang amalan kecantikan orang lain. Membaca pengalaman dan menyelami kebaikan sesuatu perkara adalah minat saya, malah semua wanita amnya. Kita sukakan yang cantik-cantik, mahu menjadi dan tampil cantik dengan cara tersendiri.
Jadi sempena ulang tahun ke-13 perkhidmatan saya dengan majalah kesayangan ramai ni, terasa rajin pula nak membuka kamar peribadi dan berkongsi rahsia penjagaan muka sendiri. Sekadar menitip inspirasi, apa salahnya kan?
Jom klik video di bawah!
8 TIP PALING MENJADI
- Setiap hari, sebelah petang, wajib buat double cleansing. Maksudnya lepas tanggalkan mekap, bersihkan muka dengan dua jenis pembersih iaitu dari jenis krim dan buih.
- Guna cream cleanser please! Tanggalkan mekap tak cukup dengan micellar water semata-mata. Krim ni penting lepas kita gunakan oil-based makeup remover.
- Kemudian dengan pembersih jenis foam, sental kulit perlahan-lahan, cukup untuk pastikan sisa mekap atau kotoran hilang.
- Pakai toner untuk tutup pori-pori kulit yang terbuka dan prep untuk produk seterusnya.
- Pupuk krim mata, without failed! Cara terbaik, gunakan jari tengah dan tepuk-tepuk manja sekitar kulit mata. Jangan sapu ye.
- Ambil serum dan tuangkan ke tapak tangan, hangatkan dulu dengan cara menggosok-gosok kedua belah tapak tangan untuk ‘aktifkan’ formulasi serum tu. Kemudian dab ke seluruh muka. Jangan sapu tau.
- Work out otot muka atau urut muka sambil-sambil sapu krim siang atau malam. Tolak kulit ‘ke atas’ untuk lifting effect.
- Akhir sekali, bagi tumpuan sekali lagi di bahagian mata. Manjakan mata dengan rawatan spa di rumah, pakai masker, tekap timun atau uncang teh untuk rehatkan kulit.
RUTIN INDIVIDU
Sebenarnya, saya memang pengguna setia produk Clarins sejak dulu lagi. Anda mungkin boleh gunakan produk kesukaan lain asalkan ia sesuai dengan jenis kulit masing-masing. Paling penting, tukar-tukar serum ikut keperluan semasa kulit.
Dan untuk menambah keberkesanannya, saya guna peranti canggih seperti FOREO Luna Mini 3 untuk menyental muka dan FOREO Bear untuk work out otot-otot, maklumlah takut pipi kendur!
Satu lagi, rawatan spa mata di rumah EnergEyes menggunakan Nu Skin ageLOC Galvanic Spa tu pun bagus juga. Ini sekadar rutin saya, kalau takde, anda boleh gunakan peranti lain atau urut mengikut teknik yang betul.
Jadi kesimpulannya, seperti yang dikatakan tiada manual khas atau ‘peraturan’ betul atau salah dalam kecantikan. Its always trial and error. Melabur untuk barang kecantikan ni bagi saya tak membazir… Macam makanan, produk-produk ni pun ‘makanan’ untuk kulit juga kan! Semoga bermanfaat.
Lasak, Anggun & Sukses! Semua Yang Perlu Anda Tahu Tentang LIV LO Isteri Kepada Henry Golding

Henry Golding mula mencuri perhatian rakyat Malaysia selepas tampil di kaca TV buat pertama kali dalam rancangan 8TV Quickie bersama dengan hos-hos terkenal seperti Marion Counter, Hunny Madu, Aishah Sinclair dan ramai lagi.
Selepas beberapa ketika, kini Henry Golding mula meletakkan jejak di persada Hollywood, menempah dari satu ke satu projek filem antarabangsa bermula dengan Crazy Rich Asians, A Simple Favor, Last Christmas, The Gentleman, Snake Eyes dan yang terbaru Persuasion yang kini sudah ditayangkan di Netflix.
Persona bintang kelahiran Betong, Sarawak berumur 35 tahun ini sememangnya tidak dapat dinafikan, apatah lagi personalitinya yang ‘charming’ dan merendah diri, kini menjadi antara aset kebanggaan Malaysia. Selain dari kejayaannya di pentas lakonan antarabangsa, sudah pastinya kisah peribadi Henry Golding juga tidak terlepas dari lensa dan pena media terutama sekali melibatkan hal rumahtangganya.
Sudah berkahwin dan memiliki seorng cahaya mata, pasti ramai yang tertanya siapakah gerangan permata hati yang berjaya menambat hati serta tulang belakang kepada Henry Golding. Bukan saja jelita dan menawan, rupa-rupanya isteri kepada Henry Golding ini juga bukan calang-calang.
Ini dia beberapa fakta tentang Liv Lo Golding, isteri kepada Henry yang perlu anda tahu.
- Liv Lo, lahir pada 21 Mei 1985 di Taichung City, Taiwan merupakan seorang usahawan, pengasas, duta jenama Taiwan dan penggemar kecergasan. Dia juga seorang pelakon, model dan hos.
- Liv Lo seorang yang sangat aktif dan yoga menjadi salah satu rutin harian kegemarannya. Liv Lo juga seorang guru yoga berjaya untuk Tonal serta fasilitator pernafasan untuk Sacred Breath Academy.
Liv juga seorang yang sangat mementingkan kesihatan dan kesejahteraan. Dia bukan sahaja mengajar yoga, Liv juga banyak merakam video kecergasan di YouTube dan menghasilkan kelas kecergasan langganan yang dipanggil FitSphere.
View this post on Instagram
3. mengejutkan tetapi berdasarkan sumber, Liv Lo yang memulakan langkah pertama mengurat Henry. Liv dan Henry bertemu lebih sedekad yang lalu, pada majlis hari jadi rakan di Singapura pada malam sambutan Tahun Baru 2011. “Saya tahu anda perasan saya tetapi tidak memperkenalkan diri anda,” ulas Liv lagi. Sejurus selepas itu, mereka memulakan perhubungan jarak jauh—Lo tinggal di Tokyo, manakala Golding berada di Singapura—sebelum mereka membuat keputusan untuk berpindah bersama.
4. Mereka bertunang pada 2015 di Phuket, Thailand dan berkahwin pada 2016 di Sarawak, Malaysia.
5. Liv dan Henry menyambut cahaya mata perempuan pertama mereka yang diberi nama Lyla, pada Mac 2021.
6. Liv juga seorang yang handal bergaya dan sering kali tampil menawan apabila menemani Henry Golding ketika karpet merah, majlis anugerah serta majlis tayangan filem. Lihat saja stail dan gaya Liv. Dia sendiri persis bintang popular Hollywood.
Mungkinkah kita akan lihat Liv Lo mengikut jejak langkah suaminya berlakon. Sama-sama kita nantikan.
Kredit foto: Instagram (@henrygolding & @livlogolding)