Comelnya Zaelyn Rosa! Sama seperti adik-beradik yang lain, anak Dato’ Sri Eizlan Yusof dan Datin Sri Natasha Rosa Boudville ini turut menjadi perhatian peminat ibu bapanya.
Genap berusia dua tahun pada 13 April, Zaelyn bukan saja disayangi kedua-dua ibu bapa. Bahkan turut menjadi buah hati kakak dan abangnya.
Berkongsi video bersempena ulang tahun kelahiran anakanda tersayang, Dato’ Sri Eizlan menerusi Instagram miliknya turut menitip pesanan istimewa buat Zaelyn.
“Happy 2nd birthday my sweet princess Zaelynn Rosa. Semoga Allah SWT akan sentiasa merahmati dan melindungi anak daddy. Aamiin.”
Zaelynn Rosa merupakan anak sulung Datin Sri Natasha Rosa atau mesra disapa Datin Sri Sasha hasil perkahwinannya bersama aktor kacak, Dato’ Sri Eizlan pada 12 Disember 2019.
Hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, pasangan romantis ini dikurniakan anak perempuan comel iaitu Zaelyn Rosa yang selamat dilahirkan pada 13 April 2021.
Ketika ditemui Nona, Datin Sri Sasha berkata, “Lepas melahirkan Zaelynn, saya berhenti kerja dan sampai sekarang saya jaga dia. April ni dia berusia dua tahun. Alhamdulillah Disember lalu kami sambut ulang tahun perkahwinan yang ketiga.”
Ini merupakan perkahwinan kedua bagi Dato’ Sri Eizlan. Sebelum ini dia pernah berkahwin dengan usahawan, Vie Shantie. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.
This website uses cookies.