ZARINA ANJOULIE Kongsi Gambar NIKAH, Semoga Kekal Bahagia Hingga Ke Jannah

Walaupun sudah beberapa hari diijabkabulkan, aktres dan usahawan, Zarina Anjoulie Lavocah akhirnya berkongsi foto pernikahan yang diadakan secara kecil-kecilan. Cantiknya Zarina mengenakan busana serba putih, sedondon dengan suami, Eilyas Azhar.

Melalui posting Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju semalam, dia mengungkapkan terima kasih di atas ucapan tahniah yang diberikan di atas perkahwinan yang telah pun berlangsung.

“Salam semua. Thank you so much for all the warm wishes. Semua orang dok ucap tahniah Anju dan Yas. Sumpah terharu nak menangis. Sebelum ni tak ada anjing dan kucing pun kisah pasal Anju.”

Anju yang dilahirkan pada 9 September 1987 merupakan anak kacukan Melayu, Iran dan Scotland. Turut meraikan kegembiraan ini adalah anak Anju, Martin Ezra Mikael yang berusia empat tahun.

 

Khabar gembira yang dikongsikan Anju turut mendapat perhatian dari warganet. Memang ramai yang mendoakan kebahagiaan Anju dan keluarga serta ucapan tahniah bersilih ganti di ruangan komen.

Tidak dinafikan, perkongsian foto keluarga mentua yang dipaparkan menjadi perhatian ramai. Anju sendiri begitu menghargai penerimaan keluarga mentuanya terutama ibu dan ayah mentua.

 

Patutlah duta rasmi produk Lush by MKhan ini semakin cantik dan berseri. Aura positif yang sentiasa dibawanya begitu terserlah. Mungkin selepas ini kita boleh tonton lakonan Anju kembali di televisyen mahupun layar perak. Kami di Nona ingin mengucapkan tahniah dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Share
Published by
Anis Nor Tajul Arus