Aura Dato’ Dr Fadzilah Kamsah masih berbisa. Seperti magis, setiap butir bicara yang dituturkan beliau ‘merangsang’ para pendengar untuk praktik ilmu yang telah disampaikan. Kali ini, Dato’ Dr Fadzilah berkongsi pesanan tentang kehebatan zikir dan perihal stres atau tekanan yang mudah melanda masyarakat hari ini.
Menerusi video live di Facebook rasminya, pakar motivasi ini mendedahkan rahsia yang diamalkan beliau semasa menghadapi situasi cemas dan gemuruh ketika masih bergelar penuntut. Katanya, “Saya menulis tesis PhD selama 6 minggu setebal 300 muka surat sepenuhnya di masjid. Di sana, saya kerap buat solat taubat, solat hajat dan solat sunat untuk dapatkan ilham. Alhamdulillah, first draft
saya Profesor baca… hanya tiga muka surat je yang kena repair. Daripada lapan Prof yang menilai tesis itu, enam adalah Yahudi dan mereka meluluskan tesis tersebut dalam masa yang boleh dikatakan agak cepat.Sepatutnya interview bersama panel akan berlanjutan sehingga enam jam tapi waktu saya, hanya sejam saja. Kepada mereka yang rasa stres nak jumpa bos, pensyarah dan sebagainya boleh cuba amalkan 3 nama Allah ini seperti di dalam Asmaul Husna.. ‘Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir’ seperti yang saya amalkan ini semasa gemuruh dan stres.
Waktu itu, saya baca banyak-banyak dan hembus ke arah dewan di fakulti sebanyak 300 kali. Sepatutnya 3 kali je. Tak sangka, sesi tu dapat habis awal. Dengan izin Allah, saya dapat jawab dengan penuh yakin. Dan selepas satu jam mereka (panel) berhenti bertanya. Paling tak sangka mereka memuji dan sangat berpuas hati dengan tesis saya.
Ya Aziz (Maha Gagah), Ya Jabbar (Maha Perkasa), Ya Mutakabbir (Maha Megah, Yang Memiliki Kebesaran).. amalkanlah untuk memberi keyakinan, mengurangkan stres dan membuat orang terpegun.”
Memandangkan bidang tugas dan pekerjaan masyarakat hari ini lebih mencabar dan terdedah dengan tekanan, Dato’ Dr Fadzilah turut menitipkan pesan berikut. Apa yang pasti, setiap daripada kita tak lepas daripada mengalami tekanan hidup.
“Ingat, semua orang yang normal juga stres. Kalau tak dirawat dan diurus akan jadi teruk, sengsara dan rentetan daripada itu akan menyebabkan masalah kepada fizikal, spiritual, sosial dan macam-macam lagi akan berlaku akibat gagal kawal stres. Kita mungkin rasa macam ok tapi sebenarnya kita tak perasan diri sedang stres sebab sudah terbiasa. Tahap stres ini terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu kurang stres, sederhana dan maksimum yang meninggalkan kesan negatif kepada diri.
Stres pada dasarnya akan beri kesan positif sebab ia merangsang diri agar lebih bersemangat, berdaya saing, lebih kreatif, lebih bertenaga untuk menjalankan tugas. Tapi kalau sampai keterlaluan dan melampaui batas, boleh buatkan seseorang itu murung, mudah marah, cepat penat, tak sihat, susah buat keputusan, tak mampu beri idea dan susah selesaikan masalah. Do something about it untuk uruskan stres dengan optimum agar hidup lebih ceria.”
Sumber: Facebook Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah
This website uses cookies.